SYAHIRA ZAIDI
S
Good luck for final exam. Do the best!
Raya 2013.
Thursday, 8 August 2013 @ 02:48 | 0 Heart [s]

 Selamat Hari Raya Aidilfitri syahira ucapkan kepada semua, maaf zahir dan batin... Petang ni syahira nak kongsi dekat kawan-kawan semua gambar raya 2013 syahira dan sekeluarga. Seronok kan berkumpul dengan keluarga? Syahira gembira sangat! Mari kita tengok gambar...






























Okey, itu sahaja. Syahira harap kawan-kawan semua gembira berhari raya bersama keluarga tercinta. Wassalam...



Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)

Tak Sabar Nak Raya!
Monday, 29 July 2013 @ 16:47 | 0 Heart [s]

Harini syahira dah mula ada mood nak raya, rasa macam tak sabar-sabar aje nak raya. Korang sabar ke? Mestilah sabarkan, lagipun puasa tahun ni tak terasa sangat. Cepat betul masa berlalu, pejam celik-pejam celik dah 4 minggu kita puasa. Raya dah tak lama lagi! Korang dah ada baju raya? Mestilah dah ada kan? Tahun ni baju raya syahira warna merah jambu. Raya tahun ni, kalau boleh syahira nak beraya puas-puas. Maklumlah, kadang-kadang tu rasa macam tak puas beraya. Faham-faham aje lah kan, kihkihkih. Raya ni syahira nak makan biskut raya puas-puas. Bila raya aje, syahira memang suka makan kuih raya. Syahira suka makan biskut-biskut coklat. Kalau beraya rumah orang syahira mesti cari kuih sarang semut, blueberry chease tart, kuih konflek ataupun kuih-kuih coklat yang lain. Raya tahun ni syahira tak sabar nak makan rendang ayam dengan nasi impit. Sedapnya... terliur pula syahira. Nyum nyum! Syahira tak sabar juga nak raya ni sebab syahira nak beraya bersama-sama dengan keluarga, pergi rumah saudara-mara. Syahira tak raya di kampung, maklumlah kampung dah tak ada. Atuk dan opah pun duduk dekat sini, jadi kampung dekat sini ajelah. Tak berjauhan dengan keluarga, rumah pun dekat-dekat. Cuma mak cik syahira yang bongsu tu aje jauh sikit. Syahira tak sabar juga nak kutip duit raya dari mak cik dan pak cik syahira. Tapi kan syahira rasa raya tahun ni semuanya macam biasa, cuma duit raya aje akan berkurangan tahun ni. Yelah, tengok muka dekat cermin pun rasa macam kita pula yang patut bagi duit raya ni, hihihi. Apa lagi ea benda yang buat kita tak sabar nak raya? Hmm, hmm... Haaa! Syahira dah ingat, lampu kelip-kelip! Tak sabar nak tengok lampu kelip-kelip yang dipasang di rumah jiran-jiran. Syahira ingat lagi, masa tahun lepas. Lagi beberapa hari nak raya, lepas berbuka puasa, syahira mesti akan pasang lampu kelip-kelip. Syahira suka tengok lampu tu berkelip-kelip. Wow! Tak sabar-sabar betul! Tak sabar juga nak main mercun pop-pop dan bunga api. Syahira pandai main pop-pop aje. Bunga api syahira takut sikit, sebab takut api tu terkena dekat kulit, seram lah bila main bunga api. Mercun? Memang tak lah, hahahahaha. Kalau nak main pun, main yang mercun tarik tu. Korang tahu ke apa itu mercun tarik? Yang tak guna api tu, cara main dia tarik aje. Bila tarik aje dia keluar macam kertas warna-warni tu. Tahu tak? Kalau tak tahu tak apalah. Hahahahaha. Lagi satu, bila raya ni banyak cerita-cerita tv yang best disiarkan oleh astro, tv3, tv2, tv9 dan sebagainya. Banyak cerita-cerita best! Banyak cerita-cerita best yang akan ditayangkan pada hari raya. Syahira suka tengok tv, jadi syahira akan tengok semua cerita tu sambil makan kuih raya. Harap lah tahun ni banyak cerita-cerita yang best, kihkihkih. Penat dah syahira menulis ni, sampai disini ajelah ye? Tapi sebelum tu, syahira nak doakan semoga kita semua akan mendapat keberkatan pada hari tersebut dan gembira berhari raya bersama keluarga tercinta. Amin, insyaallah...



Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)

Jerawat Oh Jerawat!
Sunday, 28 July 2013 @ 10:27 | 0 Heart [s]

JERAWAT OH JERAWAT!

Melihat orang yang berjerawat di pipi pun kamu berasa tidak selesa, inikan pula apabila ia tumbuh di pipi kamu sendiri. Tentu kamu tertanya apakah punca dan mengapa ia tumbuh serta cara untuk merawatnya. Jom tambahkan pengetahuan kamu dengan membaca artikel yang selanjutnya.

Puca jerawat:

Jerawat atau 'akne' merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang disebabkan oleh perubahan hormon badan semasa berlakunya prosses kematangan. Ia disebabkan oleh kegagalan 'folikel pilosebaceous' untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon testeron.

Jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya jangkitan bakteria pada liang roma.

Kulit yang kurang penjagaan dan selalu berminyak menyebabkan liang roma tersumbat dan jerawat mudah tumbuh.

Kenali rupa jerawat:

>Apakah yang menyebabkan jerawat semakin teruk?

>Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid.

>Alat solek yang berasaskan minyak.

>Memicit jerawat.

>Tekanan hidup.

>Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki.

>Kamu boleh mendapat jerawat pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun.

>Jika ibu bapa kamu mempunyai masalah jerawat, berkemungkinan besar kamu juga boleh mendapatnya.

Jangan picit jerawat!

Dilarang untuk memicit kulit kamu yang mempunyai jerawat. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit kamu sekiranya berlaku jangkitan!

Cara mencegah jerawat:

>Mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut.

>Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak.

>Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit kamu. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

>Lebihkan minuman air kosong.

>Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit.

>Jangan 'stress' dan perlu tidur dan rehat yang cukup.

Cara merawat jerawat:

jerawat yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Memadai jika kamu menggunakan ubat seperti: benzoil peroksida, asid benzoik atau asid salisilik yang berfungsi untuk menghalang bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bakteria.

Mitos:

Jerawat tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.

Kosa kata:

> folikel pilosebaceous – salah satu kelenjar yang terdapat pada kulit.
> stress- tekanan perasaan.




Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)

Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat.
@ 10:26 | 0 Heart [s]

TIPS KURUSKAN BADAN TANPA UBAT

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh kita akan terkejut. Tubuh kita mula membakar muscle (otot) bagi menggantikan makanan. Hal ini menyebabkan kadar metabolisme badan menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan lapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda kembali ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih rendah. Hal ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menjadikan tekak berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cuba minum air. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatlah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

5. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

1. Kunyahlah makanan kepada cebisan yang lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini, ia lebih mudah dihadam. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali atau dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

2. Jika anda ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

3. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet. 


6. SEDIAKAN SESEBUAH DIARI

Sediakan sebuah diari makanan kerana ia menjadi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, beberapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketiika makan. Diari makanan membuat anda peka kepada keinginan makan anda. Selepas beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuat anda lebih fokus dan lebih komited pada pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

7. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, DAN BUKANNYA KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran bagi memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh anda.

1. Cara memasak yang paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori di dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khususnya sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit inyak (misalnya menggunakan satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan yang berlebihan.

2. Semasa memilih piring makanan, ambil piring yang rata dan bukannya piring cekung. Ambil sayuran dahulu bagi memenuhi piring, kemudian barulah nasi dan yang terakhir, lauknya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarangan tempat, apa lagi sambil menonton televisyen, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

3. Selain memberikan peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi apabila anda menaiki tangga. Sebaik-baiknya semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja diisi dengan makanan.

4. Khusus bagi kau wanita, perhatikan tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Sekiranya ingin membeli makanan, kunjungilah gerai buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu. Gerai makanan segera haruslah menjadi tempat terakhir yang dikunjungi. Itupun, jika memang benar-benar menginginkannya.

5. Bagi mengempiskan perut, gerakan punggung dan ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan menggunakan alat seperti gelang hula hoop. Gerak ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

6. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap sesudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

7. Berikut ialah beberapa aktiviti fizikal mudah untuk langsing:

I. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai supaya kaki tidak melecet dan sihat.

II. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.

III. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang laju dengan nafas yang dalam.

1V. Bersenam atau peregangan sangat baik bagi otot dan sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

V. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.






Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)

Cara Mengukur BMI Anda.
@ 10:25 | 0 Heart [s]

Apa yang anda rasakan? Kurus? Ideal? Gemuk? Obesiti? Ingat, berat badan memberikan pengaruh secara langsung terhadap penyakit bawaannya. Jadi, pastikan anda memiliki berat badan yang ideal supaya ancaman penyakit yang berhubungan dengan masalah berat badan dapat dihindari sebaik mungkin. Mengetahui ukuran ideal berat badan bukanlah sesuatu yang tidak pasti, asalkan anda tahu bahawa hal ini ada indeks dan rumusannya. Mudah saja. Kita gunakan apa yang disebut BMI atau Body Mass Index. Rumusnya seperti berikut:

BMI: Berat badan dalam kilogram
(Ketinggian dalam meter)2


Berat badan anda dalam kilogram dibahagi dengan jumlah tinggi badan anda dalam meter. Setelah mendapat indeksnya (x) ukurlah sendiri dengan kategori di bawah ini:

X<20= Kurus
20<x<25= Ideal
25<x<30= Gemuk
X>30= Terlalu gemuk/ Obesiti

Selepas mengetahui kategori berat badan anda, sudah sampai saatnya anda berubah. Hiduplah dengan pola makanan yang sihat dan olah raga teratur yang akan dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal. Semoga berhasil! 




Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)

Kenapa Kamu Kurus Kering?
@ 10:22 | 0 Heart [s]


 KENAPA KAMU KURUS KERING?

Berikut adalah tanda-tanda yang dialami oleh penghidap anorexia:

  • Ingin lebih kurus walaupun memiliki berat badan yang normal dan ideal.
  • Takut berat badan naik walaupun kenyataannya berat badannya terus menurun.
  • Selalu mengelak ketika diajak makan, jika makan pun dia akan makan lambar-lambat sambil menolak makanan di pinggir piring.
  • Penghidap aneroxia menganggap kulit dan daging pada tubuh mereka sebagai lemak yang harus dimusnahkan.
  • Sukar tidur dan tekanan darah menurun secara mendadak.


Amalan diet yang salah:

Apabila sebilangan besar orang berpendapat kurus itu cantik, tentunya antara kamu tidak senang duduk dan berazam untuk menguruskan badan dengan memilih cara untuk berdiet. Bermulalah episod kamu menolak semua jenis makanan. Kononnya kamu takut makanan itu berlemak, menggemukkan dan tidak baik untuk kesihatan. Tahukah amalan itu salah dan boleh memudaratkan kesihatan?

Apa itu diet yang sihat?

Terdapat beberapa formula diet yang popular dan sering diamalkan untuk mengurangkan berat badan, antaranya ialah:

  1. Diet Rendah Lemak
    Kurangkan makan snek atau makanan ringan, sebaliknya lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat tinggi.
  1. Diet Rendah Karbohidrat
    Kurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti, sebaliknya lebihkan makanan berprotein seperti ikan, susu, telur dan keju.
  1. Diet Semula Jadi
    Kamu cuma perlu ambil makanan seimbang dan makan seperti biasa tetapi lebihkan sayur-
    sayuran dan buah-buahan. Jangan makan sekiranya tidak berasa lapar. Kawal cara pemakanan kamu.

  1. Diet Vegetarian
    Cara ini lebih baik kerana selain dapat mengurangkan berat badan, kamu juga dapat menghindarkan diri daripada dijangkiti beberapa penyakit berisiko seperti kolestrol tinggi, darah tinggi dan diabetes.

Tips sihat:
Jika kamu impikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mempunyai kolestrol dalam diet kamu.

Peringatan!
Walaupun diet yang dinyatakan di atas selamat dan tidak memudaratkan, namun kamu digalakkan untuk melakukan senaman kerana aktiviti tersebut menjamin kesihatan tubuh badan malah mampu membina otot.




Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)

Raya 2012.
@ 10:19 | 0 Heart [s]





Selamat pagi, alhamdulillah... kenyang dah syahira. Baru lepas sahur ni, hihihi. Sementara nak tunggu waktu subuh masuk, eloklah kalau syahira update blog. Malam tadi syahira tengok gambar-gambar raya masa 2012 dekat facebook mak cik syahira, jadi syahira terfikir nak letak gambar-gambar raya tu semua dekat dalam blog syahira ni. Maklumlah, dulu syahira tak ada blog lagi jadi tak boleh lah nak kongsi gambar raya tu semua. Sekarang ni syahira dah ada blog, jadi syahira nak kongsi dekat kawan-kawan semua gambar raya 2012 syahira dengan keluarga.



Ni atok dan opah belah ibu syahira, syahira sayang mereka. 



Ini kami, tapi ada lagi 2 keluarga tertinggal.



Masa ni kita orang beraya di rumah pak cik.



Syahira dan adik sedang makan kuih raya. Syok!



Abaikan muka syahira yang menjengkelkan tu. xD



Masa ni kita orang ada dekat rumah syahira, hihihi.



Ada 1 lagi keluarga patutnya tu, hihihi.



Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)


Older Post
Selamat datang ke blog saya. Saya Nur Syahira Farhana bt Zaidi, 14 tahun. Saya seorang gadis yang suka memasak, berangan dan suka subjek Sains. Tap sayang, saya tak suka Matematik. Terima kasih sebab sudi datang sini, nanti kalau ada masa datang lah lagi :)

Story About Stuff Links


  • Raya 2013.
  • Tak Sabar Nak Raya!
  • Jerawat Oh Jerawat!
  • Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat.
  • Cara Mengukur BMI Anda.
  • Kenapa Kamu Kurus Kering?
  • Raya 2012.
  • Awas, Budaya Buli Semakin Menjadi-jadi!







  • This template was created by Faqihah Husni. Please inform me if I use your artwork but I didn't credit to you. Best view in Google Chrome.