SYAHIRA ZAIDI
S
Good luck for final exam. Do the best!
Kenapa Kamu Kurus Kering?
Sunday 28 July 2013 @ 10:22 | 0 Heart [s]


 KENAPA KAMU KURUS KERING?

Berikut adalah tanda-tanda yang dialami oleh penghidap anorexia:

  • Ingin lebih kurus walaupun memiliki berat badan yang normal dan ideal.
  • Takut berat badan naik walaupun kenyataannya berat badannya terus menurun.
  • Selalu mengelak ketika diajak makan, jika makan pun dia akan makan lambar-lambat sambil menolak makanan di pinggir piring.
  • Penghidap aneroxia menganggap kulit dan daging pada tubuh mereka sebagai lemak yang harus dimusnahkan.
  • Sukar tidur dan tekanan darah menurun secara mendadak.


Amalan diet yang salah:

Apabila sebilangan besar orang berpendapat kurus itu cantik, tentunya antara kamu tidak senang duduk dan berazam untuk menguruskan badan dengan memilih cara untuk berdiet. Bermulalah episod kamu menolak semua jenis makanan. Kononnya kamu takut makanan itu berlemak, menggemukkan dan tidak baik untuk kesihatan. Tahukah amalan itu salah dan boleh memudaratkan kesihatan?

Apa itu diet yang sihat?

Terdapat beberapa formula diet yang popular dan sering diamalkan untuk mengurangkan berat badan, antaranya ialah:

  1. Diet Rendah Lemak
    Kurangkan makan snek atau makanan ringan, sebaliknya lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat tinggi.
  1. Diet Rendah Karbohidrat
    Kurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti, sebaliknya lebihkan makanan berprotein seperti ikan, susu, telur dan keju.
  1. Diet Semula Jadi
    Kamu cuma perlu ambil makanan seimbang dan makan seperti biasa tetapi lebihkan sayur-
    sayuran dan buah-buahan. Jangan makan sekiranya tidak berasa lapar. Kawal cara pemakanan kamu.

  1. Diet Vegetarian
    Cara ini lebih baik kerana selain dapat mengurangkan berat badan, kamu juga dapat menghindarkan diri daripada dijangkiti beberapa penyakit berisiko seperti kolestrol tinggi, darah tinggi dan diabetes.

Tips sihat:
Jika kamu impikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mempunyai kolestrol dalam diet kamu.

Peringatan!
Walaupun diet yang dinyatakan di atas selamat dan tidak memudaratkan, namun kamu digalakkan untuk melakukan senaman kerana aktiviti tersebut menjamin kesihatan tubuh badan malah mampu membina otot.




Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)


Older Post | Newer Post
Selamat datang ke blog saya. Saya Nur Syahira Farhana bt Zaidi, 14 tahun. Saya seorang gadis yang suka memasak, berangan dan suka subjek Sains. Tap sayang, saya tak suka Matematik. Terima kasih sebab sudi datang sini, nanti kalau ada masa datang lah lagi :)

Story About Stuff Links


  • Raya 2012.
  • Awas, Budaya Buli Semakin Menjadi-jadi!







  • This template was created by Faqihah Husni. Please inform me if I use your artwork but I didn't credit to you. Best view in Google Chrome.