SYAHIRA ZAIDI
S
Good luck for final exam. Do the best!
Awas, Budaya Buli Semakin Menjadi-jadi!
Sunday 28 July 2013 @ 10:17 | 0 Heart [s]


AWAS, BUDAYA BULI SEMAKIN MENJADI-JADI

A) Siapakah yang sering membuli dan dibuli?
Pembuli
  • Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Pelajar lama atau senior di sekolah.
Dibuli
  • Bertubuh kecil.
  • Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
  • Pelajar baru atau junior di sekolah.

B) Kenapakah mereka sering membuli?
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:

  • Faktor rakan sebaya.
  • Individu yang membuli ini munkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
  • Akibat penceraian ibu bapa.
  • Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
  • Sekadar mahu berseronok.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
  • Marah dan benci pada mangsa atas sebab diberi perhatian yang lebih oleh guru.
  • Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
  • Media cetak dan elektronik yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku ganas menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi idola bagi golongan pembuli.

  1. Jenis-jenis buli:
Buli fizikal
  • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kematian.
  • Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental
  • Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar yang membuli.
  • Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.






Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)


| Newer Post
Selamat datang ke blog saya. Saya Nur Syahira Farhana bt Zaidi, 14 tahun. Saya seorang gadis yang suka memasak, berangan dan suka subjek Sains. Tap sayang, saya tak suka Matematik. Terima kasih sebab sudi datang sini, nanti kalau ada masa datang lah lagi :)

Story About Stuff Links









This template was created by Faqihah Husni. Please inform me if I use your artwork but I didn't credit to you. Best view in Google Chrome.