SYAHIRA ZAIDI
S
Good luck for final exam. Do the best!
Tak Sabar Nak Raya!
Monday, 29 July 2013 @ 16:47 | 0 Heart [s]

Harini syahira dah mula ada mood nak raya, rasa macam tak sabar-sabar aje nak raya. Korang sabar ke? Mestilah sabarkan, lagipun puasa tahun ni tak terasa sangat. Cepat betul masa berlalu, pejam celik-pejam celik dah 4 minggu kita puasa. Raya dah tak lama lagi! Korang dah ada baju raya? Mestilah dah ada kan? Tahun ni baju raya syahira warna merah jambu. Raya tahun ni, kalau boleh syahira nak beraya puas-puas. Maklumlah, kadang-kadang tu rasa macam tak puas beraya. Faham-faham aje lah kan, kihkihkih. Raya ni syahira nak makan biskut raya puas-puas. Bila raya aje, syahira memang suka makan kuih raya. Syahira suka makan biskut-biskut coklat. Kalau beraya rumah orang syahira mesti cari kuih sarang semut, blueberry chease tart, kuih konflek ataupun kuih-kuih coklat yang lain. Raya tahun ni syahira tak sabar nak makan rendang ayam dengan nasi impit. Sedapnya... terliur pula syahira. Nyum nyum! Syahira tak sabar juga nak raya ni sebab syahira nak beraya bersama-sama dengan keluarga, pergi rumah saudara-mara. Syahira tak raya di kampung, maklumlah kampung dah tak ada. Atuk dan opah pun duduk dekat sini, jadi kampung dekat sini ajelah. Tak berjauhan dengan keluarga, rumah pun dekat-dekat. Cuma mak cik syahira yang bongsu tu aje jauh sikit. Syahira tak sabar juga nak kutip duit raya dari mak cik dan pak cik syahira. Tapi kan syahira rasa raya tahun ni semuanya macam biasa, cuma duit raya aje akan berkurangan tahun ni. Yelah, tengok muka dekat cermin pun rasa macam kita pula yang patut bagi duit raya ni, hihihi. Apa lagi ea benda yang buat kita tak sabar nak raya? Hmm, hmm... Haaa! Syahira dah ingat, lampu kelip-kelip! Tak sabar nak tengok lampu kelip-kelip yang dipasang di rumah jiran-jiran. Syahira ingat lagi, masa tahun lepas. Lagi beberapa hari nak raya, lepas berbuka puasa, syahira mesti akan pasang lampu kelip-kelip. Syahira suka tengok lampu tu berkelip-kelip. Wow! Tak sabar-sabar betul! Tak sabar juga nak main mercun pop-pop dan bunga api. Syahira pandai main pop-pop aje. Bunga api syahira takut sikit, sebab takut api tu terkena dekat kulit, seram lah bila main bunga api. Mercun? Memang tak lah, hahahahaha. Kalau nak main pun, main yang mercun tarik tu. Korang tahu ke apa itu mercun tarik? Yang tak guna api tu, cara main dia tarik aje. Bila tarik aje dia keluar macam kertas warna-warni tu. Tahu tak? Kalau tak tahu tak apalah. Hahahahaha. Lagi satu, bila raya ni banyak cerita-cerita tv yang best disiarkan oleh astro, tv3, tv2, tv9 dan sebagainya. Banyak cerita-cerita best! Banyak cerita-cerita best yang akan ditayangkan pada hari raya. Syahira suka tengok tv, jadi syahira akan tengok semua cerita tu sambil makan kuih raya. Harap lah tahun ni banyak cerita-cerita yang best, kihkihkih. Penat dah syahira menulis ni, sampai disini ajelah ye? Tapi sebelum tu, syahira nak doakan semoga kita semua akan mendapat keberkatan pada hari tersebut dan gembira berhari raya bersama keluarga tercinta. Amin, insyaallah...



Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)


Older Post | Newer Post
Selamat datang ke blog saya. Saya Nur Syahira Farhana bt Zaidi, 14 tahun. Saya seorang gadis yang suka memasak, berangan dan suka subjek Sains. Tap sayang, saya tak suka Matematik. Terima kasih sebab sudi datang sini, nanti kalau ada masa datang lah lagi :)

Story About Stuff Links


  • Jerawat Oh Jerawat!
  • Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat.
  • Cara Mengukur BMI Anda.
  • Kenapa Kamu Kurus Kering?
  • Raya 2012.
  • Awas, Budaya Buli Semakin Menjadi-jadi!







  • This template was created by Faqihah Husni. Please inform me if I use your artwork but I didn't credit to you. Best view in Google Chrome.