SYAHIRA ZAIDI
S
Good luck for final exam. Do the best!
Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat.
Sunday 28 July 2013 @ 10:26 | 0 Heart [s]

TIPS KURUSKAN BADAN TANPA UBAT

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh kita akan terkejut. Tubuh kita mula membakar muscle (otot) bagi menggantikan makanan. Hal ini menyebabkan kadar metabolisme badan menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan lapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda kembali ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih rendah. Hal ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menjadikan tekak berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cuba minum air. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatlah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

5. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

1. Kunyahlah makanan kepada cebisan yang lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini, ia lebih mudah dihadam. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali atau dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

2. Jika anda ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

3. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet. 


6. SEDIAKAN SESEBUAH DIARI

Sediakan sebuah diari makanan kerana ia menjadi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, beberapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketiika makan. Diari makanan membuat anda peka kepada keinginan makan anda. Selepas beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuat anda lebih fokus dan lebih komited pada pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

7. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, DAN BUKANNYA KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran bagi memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh anda.

1. Cara memasak yang paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori di dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khususnya sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit inyak (misalnya menggunakan satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan yang berlebihan.

2. Semasa memilih piring makanan, ambil piring yang rata dan bukannya piring cekung. Ambil sayuran dahulu bagi memenuhi piring, kemudian barulah nasi dan yang terakhir, lauknya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarangan tempat, apa lagi sambil menonton televisyen, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

3. Selain memberikan peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi apabila anda menaiki tangga. Sebaik-baiknya semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja diisi dengan makanan.

4. Khusus bagi kau wanita, perhatikan tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Sekiranya ingin membeli makanan, kunjungilah gerai buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu. Gerai makanan segera haruslah menjadi tempat terakhir yang dikunjungi. Itupun, jika memang benar-benar menginginkannya.

5. Bagi mengempiskan perut, gerakan punggung dan ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan menggunakan alat seperti gelang hula hoop. Gerak ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

6. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap sesudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

7. Berikut ialah beberapa aktiviti fizikal mudah untuk langsing:

I. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai supaya kaki tidak melecet dan sihat.

II. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.

III. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang laju dengan nafas yang dalam.

1V. Bersenam atau peregangan sangat baik bagi otot dan sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

V. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.






Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)


Older Post | Newer Post
Selamat datang ke blog saya. Saya Nur Syahira Farhana bt Zaidi, 14 tahun. Saya seorang gadis yang suka memasak, berangan dan suka subjek Sains. Tap sayang, saya tak suka Matematik. Terima kasih sebab sudi datang sini, nanti kalau ada masa datang lah lagi :)

Story About Stuff Links


  • Cara Mengukur BMI Anda.
  • Kenapa Kamu Kurus Kering?
  • Raya 2012.
  • Awas, Budaya Buli Semakin Menjadi-jadi!







  • This template was created by Faqihah Husni. Please inform me if I use your artwork but I didn't credit to you. Best view in Google Chrome.