SYAHIRA ZAIDI
S
Good luck for final exam. Do the best!
Jerawat Oh Jerawat!
Sunday 28 July 2013 @ 10:27 | 0 Heart [s]

JERAWAT OH JERAWAT!

Melihat orang yang berjerawat di pipi pun kamu berasa tidak selesa, inikan pula apabila ia tumbuh di pipi kamu sendiri. Tentu kamu tertanya apakah punca dan mengapa ia tumbuh serta cara untuk merawatnya. Jom tambahkan pengetahuan kamu dengan membaca artikel yang selanjutnya.

Puca jerawat:

Jerawat atau 'akne' merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang disebabkan oleh perubahan hormon badan semasa berlakunya prosses kematangan. Ia disebabkan oleh kegagalan 'folikel pilosebaceous' untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon testeron.

Jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya jangkitan bakteria pada liang roma.

Kulit yang kurang penjagaan dan selalu berminyak menyebabkan liang roma tersumbat dan jerawat mudah tumbuh.

Kenali rupa jerawat:

>Apakah yang menyebabkan jerawat semakin teruk?

>Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid.

>Alat solek yang berasaskan minyak.

>Memicit jerawat.

>Tekanan hidup.

>Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki.

>Kamu boleh mendapat jerawat pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun.

>Jika ibu bapa kamu mempunyai masalah jerawat, berkemungkinan besar kamu juga boleh mendapatnya.

Jangan picit jerawat!

Dilarang untuk memicit kulit kamu yang mempunyai jerawat. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit kamu sekiranya berlaku jangkitan!

Cara mencegah jerawat:

>Mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut.

>Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak.

>Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit kamu. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

>Lebihkan minuman air kosong.

>Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit.

>Jangan 'stress' dan perlu tidur dan rehat yang cukup.

Cara merawat jerawat:

jerawat yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Memadai jika kamu menggunakan ubat seperti: benzoil peroksida, asid benzoik atau asid salisilik yang berfungsi untuk menghalang bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bakteria.

Mitos:

Jerawat tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.

Kosa kata:

> folikel pilosebaceous – salah satu kelenjar yang terdapat pada kulit.
> stress- tekanan perasaan.




Terima kasih, thank you, kamsahamnida, danke schön, shukran, xiexie, dhanyavad for read this :)


Older Post | Newer Post
Selamat datang ke blog saya. Saya Nur Syahira Farhana bt Zaidi, 14 tahun. Saya seorang gadis yang suka memasak, berangan dan suka subjek Sains. Tap sayang, saya tak suka Matematik. Terima kasih sebab sudi datang sini, nanti kalau ada masa datang lah lagi :)

Story About Stuff Links


  • Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat.
  • Cara Mengukur BMI Anda.
  • Kenapa Kamu Kurus Kering?
  • Raya 2012.
  • Awas, Budaya Buli Semakin Menjadi-jadi!







  • This template was created by Faqihah Husni. Please inform me if I use your artwork but I didn't credit to you. Best view in Google Chrome.